DARIPADA
GURU BESAR
(MOHD KHAIRUL ANNUAR BIN JAMALUDDIN)
Assalamualaikum Wrbkth.
Bismillahirrahmanirrahim...
Terlebih dahulu sebagai peneraju kepimpinan sekolah, saya mengalu-alukan kesudian para pengunjung melayari laman web sekolah kami.Laman web ini merupakan sumber maklumat terkini dan tepat tentang paparan sekolah yang disusun dan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Penghasilan kandungan laman web ini mencerminkan komited para pendokongnya yang terdiri daripada guru-guru yang memiliki sikap profesional dalam menjalankan tugas yang diamanahkan seiring dengan jati diri warga pendidik yang;
Menjalankan tugas sepenuh hati
Melaksanakan amanah penuh teliti
Bertongkat akan budi pekerti
Segala perkara guru adalah ahli
Disamping itu, kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak termasuk para guru, kakitangan sokongan, PIBG dan murid-murid menjadi pemangkin dalam usaha melahirkan individu cemerlang yang menjadi asas sekolah yang gemilang serta seterusnya mencapai status negara terbilang dan akhirnya dapat menghadapi sebarang petualang.
Akhir sekali, paparan yang terdapat dalam laman web ini diharap menjadi pencetus kebestarian warganya sesuai dengan matlamat kerajaan menghasilkan model insan yang sempurna sahsiah, akademik, ko kurikulum dan jasmani.
Harum pokok kerana bunganya
Harum lebah kerana madunya
Harum pahlawan kerana perwiranya
Harum nama kerana jasanya
Harum individu kerana pekertinya
Harum sekolah kerana warganya
Sekian, Wassalam.